I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selamat Datang Ke SK Bukit Rokan Utara (Sekolah Kluster Kecemerlangan)

Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa

Friday, July 31, 2009

Peraturan Bilik BBM

Peraturan Penggunaan Bilik Bahan Bantu Mengajar.

1. Guru- guru yang meminjam bahan BBM dari bilik ini hendaklah memulangkan semula barang tersebut dan diletakkan pada tempat yang telah di tetapkan.
2. Murid-murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik BBM ini tanpa guru.
3. Jaga kebersihan dan kekemasan bilik ini.
4. Catat penggunaan bahan yang dipinjam di dalam buku rekod pinjaman yang disediakan.
5. Pulangkan semula bahan yang dipinjam.
6. Bahan yang dipinjam dari bilik ini haruslah dijaga dengan sebaiknya dan sekiranya berlaku kerosakan bahan tersebut segeralah laporkan kepada ketua unit bilik ini.

Aktiviti-aktiviti

Pusat Sumber Sekolah SKBRU telah mengadakan beberapa aktiviti bermula pertengahan Februari hingga pertengahan bulan Julai ini. Antara ialah aktiviti galakan membaca , mengulas buku cerita, melukis, mengira dan kuiz.
Bagi Program NILAM pula, guru NILAM telah mengadakan aktiviti mengenal satu perkataan satu hari bagi murid yang lemah dalam bacaan. Murid ini akan dipanggil pada perhimpunan pagi dan membaca perkataan yang diberikan dihadapan semua murid dan menjelaskan maksud perkataan tersebut. Selain itu juga, satu program pemulihan sifar telah diadakan. Usaha ini dijalankan bersama – sama guru Bahasa Melayu dan Ahli Jawatankuasa PIBG serta GPW Bukit Rokan Utara.
Panatia Seni pula mengadakan aktiviti melukis poster bertajuk Kempen Galakan Membaca. Pertandingan ini terbuka kepada murid tahap 2 dai Tahun 4 , 5, dan 6. Pemenang – pemenang bagi aktiviti telah diberi hadiah.
Bagi aktiviti- aktiviti Pusat Sumber Sekolah yang lain berjalan seperti yang telah dirancangkan. Umpamanya laluan ilmu , kuiz dan pertandingan bercerita Tahap 1 dan Tahap 2.

Peraturan bilik tayang

UNIT AUDIO VISUAL

A. Penggunaan Bilik Tayang

1. Guru hendaklah merekodkan penggunaan Bilik Tayang dalam Rekod Penggunaan bilik Tayang.
2. Guru hendaklah berada bersama dengan pelajar di Bilik Tayangan ( Pelajar tidak dibenarkan di Bilik Tayangan tanpa guru ).
3. Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pelajar dan alat – alat serta perabot di Bilik Tayangan.
4. Guru hendaklah memastikan kebersihan Bilik Tayangan dan pelajar mesti menyusun kerusi serta memastikan suis – suis berkenaan.
5. Guru hendaklah melaporkan dengan segera kerosakan yang berlaku kepada penyelaras atau Ketua Unit Teknologi.

B.Pinjaman Penggunaan Alat Bantuan Mengajar Dan Media Lain

1. Semua alat dan media elektrik boleh dipinjam oleh guru dengan mencatat dalam Rekod Pinjaman dan Penggunaan ABM.
2. Guru hendaklah mengambil dan memulangkan sendiri alat atau media setelah digunakan.
3. Catatkan tarikh pemulangan bahan di dalam buku yang disediakan.

Peraturan

Penggunaan Perpustakaan

1. Pelajar hendaklah beratur sebelum masuk ke perpustakaan.
2. Pelajar perlu menanggalkan kasut sebelum masuk ke perpustakaan.
3. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke perpustakaan dengan kehadiran guru.
4. Guru mestilah berada dalam perpustakaan bersama – sama dengan pelajar sepanjang waktu perpustakaan.
5. Guru hendaklah memastikan pelajar – pelajar yang dibawa masuk,membaca atau membuat rujukan bahan yang terdapat di perpustakaan.
6. Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pelajar dan ketenteraman perpustakaan sepanjang waktu pelajar berada di perpustakaan.
7. Guru hendaklah memastikan pelajar – pelajar yang dibawa ke perpustakaan mematuhi peraturan perpustakaan.
8. Guru hendaklah menandatangani Buku Rekod Penggunaan Perpustakaan setiap kali membawa pelajar masuk ke perpustakaan.
9. Bilangan kelas yang boleh berada di dalam perpustakaan pada satu waktu ialah satu kelas sahaja.
10. Guru boleh membawa pelajar ke perpustakaan jika tiada siapa menggunakannya.
11. Guru hendaklah memastikan pelajar meletakkan buku di tempat asal atau di dalam bakul yang disediakan.
12. Sebelum meninggalkan perpustakaan,guru perlu memastikan semua suis dimatikan dan pastikan pelajar tidak membawa barang perpustakaan keluar.
13. Murid boleh meminjam buku sewaktu masuk ke perpustakaan asalkan ada pengawas perpustakaan.
14. Pelajar Tahap II dibenarkan membaca buku di perpustakaan pada waktu rehat dengan pengawasan pustakawan sekolah.

B.Pinjaman Buku

1. Guru boleh meminjam buku di perpustakaan tetapi hendaklah dicatatkan di buku pinjaman guru yang terdapat di kaunter dan hendaklah mengisikan maklumat yang diperlukan di dalam buku tersebut.Ini adalah meliputi seperti tarikh pinjaman dan pemulangan.
2. Tempoh pinjaman untuk setiap buku adalah satu bulan.Jika guru masih memerlukan buku yang sama,mereka hendaklah memperbaharui tarikh pinjaman mereka di dalam buku yang disediakan.
3. Guru – guru juga dibenarkan meminjam buku untuk bilik – bilik khas yang mereka pegang seperti bilik darjah,makmal sains dan sebagainya.

C.Peraturan Perpustakaan

1. Hanya pelajar sekolah ini yang berpakaian seragan lengkap atau baju T sekolah atau pakaian sukan disertai dengan lencana dibenarkan masuk ke perpustakaan.
2. Pada waktu belajar,pelajar hanya dibenarkan ke perpustakaan dengan kehadiran guru.
3. Semua pelajar sekolah ini boleh menggunakan kemudahan perpustakaan sekolah.
4. Makan dan minum di dalam perpustakaan dilarang sama sekali.
5. Buku Bancian Membaca dan buku yang hendak dipulangkan sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan.
6. Buku milik sendiri yang dibawa masuk oleh pelajar hendaklah diberikan kepada pengawas sumber atau pustakawan yang bertugas untuk disemak sebelum keluar dari perpustakaan.
7. Pelajar yang memasuki ke perpustakaan hendaklah menggunakan bahan – bahan yang ada di perpustakaan untuk membuat rujukan atau membaca.Pelajar dilarang membuat bising,berbual atau bercakap dan mengganggu kawan lain semasa berada di perpustakaan.
8. Gunakan bahan – bahan bacaan dengan cermat.Pelajar dilarang menconteng,mengoyak,menggunting atau melipat buku – buku,majalah adan akhbar.
9. Majalah adan akhbar yang dibaca hendaklah diletakkan semula di tempat asalnya.
10. Urusan meminjam dan memulangkan buku hendaklah melalui pustakawan yang bertugas.
11. Kerusi yang digunakan hendaklah disorongkan semula ke bawah meja sebelum keluar dari perpustakaan.
12. Sebarang bahan bacaan yang dibawa keluar hendaklah disemak oleh pustakawan.Bahan bacaan yang dibawa keluar tanpa bukti meminjam dianggap sebagai perbuatan mencuri.
13. Buku boleh dipinjam dengan menggunakan Kad Ahli dan mengikut peraturan peminjaman.
14. Semua pelajar mesti mendengar teguran dan arahan pustakawan semasa berada di perpustakaan.
15. Peraturan perpustakaan yang sedia ada boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa.
16. Jika pelajar didapati melanggar peraturan perpusatakaan,tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar berkenaan seperti dilarang ke perpustakaan,tidak dibenarkan meminjam buku atau pun diserahkan kepada pihak berkuasa sekolah.

D.Peraturan Pinjaman Dan Pemulangan Buku

1. Pinjaman buku hanya boleh dilakukan dengan kad ahli.
2. kad Ahli boleh diperolehi dari perpustakaan dengan harga RM 0.30 sahaja.
3. Setiap pinjaman buku hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kad ahli milik peminjam.Pelajar tidak digalakkan meminjam buku untuk pelajar lain.Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku yang dipinjam.
4. Buku boleh dipinjam melalui guru kelas bagi Tahun 1,waktu perpustakaan bagi Tahun 2 dan 3 dan pada waktu rehat atau selepas balik sekolah iaitu pada pukul 1.05 petang hingga 1.40 petang ( Isnin – Khamis ) dan 12.05 tengah hari – 12.40 tengah hari pada hari Jumaat bagi pelajar Tahap II.
5. Bilangan buku yang boleh dipinjam ialah sebuah buku sahaja.
6. Pustakawan boleh meminjam dua buah buku sama ada dengan menggunakan kad atau menulis di dalam buku yang disediakan untuk pustakawan.
7. Tempoh pinjaman : 1 minggu
8. Kekerapan meminjam : Buku boleh dipulangkan lebih awal dari tarikh pemulangan jika pelajar telah habis membaca dan mereka boleh meminjam buku yang lain.
9. Buku hendaklah dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan pada slip tarikh pulang yang terdapat pada setiap buku yang dipinjam.
10. Buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sebanyak RM 0.10 sehari.
11. Jika buku yang dipinjam rosak,peminjam akan dikehendaki membayar gantirugi berdasarkan kerosakan yang telah dilakukan.
12. Jika buku yang dipinjam hilang,peminjam bertanggungjawab membayar harga buku tersebut atau menggantikannya dengan harga buku baru.

Perkhidmatan PSS

PERKHIDMATAN PUSAT SUMBER SEKOLAH


Perkhidmatan Buku Perpustakaan
Bertujuan untuk menggalakkan murid suka membaca dan membuat rujukan di kalangan guru – guru serta para pelajar.Ia meliputi pelbagai bahan buku termasuk buku – buku ilmiah, cereka, rujukan, jurnal, majalah ilmiah, kurikulum, keratan akhbar, pekeliling jabatan dan Kementerian Pelajaran dan lain – lain.

Televisyen Dan Media Pendidikan
Bertanggungjawab kepada semua rancangan televisyen pendidikan dan segala alat atau bahan yang bercorak unjuran seperti televisyen,kaset video serta bahan – bahan pengajaran yang lain.

Perkhidmatan Audio Dan Rakaman
Bertanggungjawab kepada semua rancangan pendidikan dan segala alat dan bahan yang bercorak pendengaran seperti radio kaset dan perakam kaset.

Perkhidmatan Pinjaman Dan Penyelenggaraan
Bertanggungjawab kepada pengurusan dan pengendalian semua pinjaman alat dan bahan media berbentuk buku dan bahan bukan buku.

Bimbingan Dan Latihan
Bertanggungjawab dalam menyediakan bimbingan dan latihan kepada guru – guru dan sebilangan pelajar dalam pengendalian, penyediaan dan penggunaan alat dan bahan media pendidikan.

Senarai tugas

SENARAI TUGAS

A. Penyelaras PSS

1. Bertindak sebagai ketua PSS.
2. Bertindak sebagai Jawatankuasa Induk PSS.
3. Menyelaras semua program media yang dirancangkan dan dilaksanakan oleh kakitangan PSS.
4. Menggalakkan guru – guru dan pelajar – pelajar menggunakan pelbagai media dalam pengajaran dan pembelajaran.
5. Menyediakan perjalanan penggunaan PSS dan aktiviti – aktiviti tahunan PSS.
6. Menyelaras Jadual Waktu penggunaan .
7. Menyediakan buku panduan PSS.


B. Setiausaha Penyelaras

1. Berbincang dengan pengerusi untuk menentukan tarikh,masa,tempat dan agenda mesyuarat.
2. Menyediakan surat jemputan mesyuarat dan menghantar kepada semua AJK yang terlibat.
3. Mencatat minit mesyuarat semasa mesyuarat dijalankan.
4. Menyediakan minit mesyuarat yang lengkap.
5. Mengedarkan minit mesyuarat kepada AJK,PKG dan PPD.
6. Membantu Pengerusi melaksanakan perkara – perkara yang diputuskan di dalam mesyuarat.
7. Membantu Pengerusi menyediakan fail – fail PSS yang lengkap dan sistematik.

Unit Perpustakaan

Ketua Guru Perpustakaan

1. Merancang aktiviti – aktiviti tahunan.
2. Memesan buku – buku,majalah dan lain – lain bahan yang sesuai untuk pelajar dan guru – guru.
3. Menyemak atau memperolehi bibliografi dan katalog – katalog daripada penerbit buku.
4. Membuat pengelasan dan memproses buku – buku baru.
5. Mengkatalog buku – buku baru.
6. Menyelia atau melatih pengawas sumber untuk membantu menguruskan perpustakaan.
7. Memberi khidmat nasihat atau kepakaran kepada pihak yang memerlukan.
8. Mengemaskinikan peraturan penggunaan perpustakaan dan pinjaman buku.
9. Menjalankan kerja menyemak stok pada hujung tahun.
10. Menyelia pengawas perpustakaan.
11. Menyelia perjalanan penggunaan perpustakaan dan aktiviti – aktiviti tahunan.



Guru Penolong Perpustakaan

1. Menjalankan aktiviti – aktiviti tahunan yang dirancangkan.
2. Menguruskan penggunaan perpustakaan.
3. Menguruskan pinjaman buku oleh pelajar dan guru.
4. Menyediakan jadual waktu penggunaan perpustakaan.
5. Mengadakan tunjukcara penggunaan buku oleh pelajar dan guru.
6. Menjaga kebersihan dan memastikan perpustakaan sentiasa dalam keadaan selesa dan kondusif untuk belajar dan membuat rujukan.
7. Membantu ketua unit menjalankan kerja penyemakan stok pada hujung tahun.

Pengawas Perpustakaan

1. Membantu guru perpustakaan
2. Menguruskan peminjaman buku.
3. Memproses buku baru.
4. Membaikpulih buku dan alatan.
5. Mengatur dan menyusun buku.
6. Menjaga kebersihan perpustakaan.



Unit Teknologi ( Audio Visual )

Ketua Dan Guru Penolong

1. Memastikan P.A Sistem dipasang pada setiap pagi Isnin sebelum perhimpunan atau acara – acara rasmi sekolah diadakan.
2. Merekod senarai P.A Sistem sekolah.
3. Menjaga dan memastikan P.A Sistem berada di dalam keadaan baik dan bertanggungjawab jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan.
4. Membuat laporan kepada pihak sekolah jika menghadapi sebarang masalah.
5. Membuat senarai semak sekurang – kurangnya 2 kali setahun.
6. Membuat buku pergerakan alatan( penggunaan ).
7. Memastikan guru – guru menjaga bahan yang dipinjam dengan baik.

Unit Bahan Bantu Mengajar

Ketua Dan Guru Penolong

1. Memastikan bahan ABM disusun atur dengan baik selepas digunakan.
2. Membaikpulih ABM dan mengadakan senarai nama alatan atau carta setiap panitia.
3. Mengadakan gotong – royong mengemaskini bilik BBM sekurang – kurangnya 3 kali setahun bersama ketua panitia.
4. Memastikan guru mencatat segala peminjaman mereka di dalam buku rekod peminjaman atau penggunaan.
5. Merekod bahan ABM yang sedia ada dan baru diterima.
6. Merancang aktiviti pembinaan ABM yang bersesuaian bersama guru – guru.

Unit SAL ( Self Access Learning )

Ketua Dan Guru Penolong

1. Membuat carta organisasi kecil Bilik SAL.
2. Melantik Ahli Jawatankuasa Kecil untuk membantu menguruskan Bilik SAL.
3. Merancang aktiviti – aktiviti bersama Panitia Bahasa Inggeris.
4. Menyediakan Jadual Penggunaan Bilik SAL.
5. Mengemaskini dan menceriakan Bilik SAL.
6. Merekodkan semua alatan atau bahan yang sedia ada dan yang baru diterima.
7. Menyedia dan memastikan rekod peminjaman bahan direkodkan oleh guru.
8. Memberi khidmat nasihat tentang Bilik SAL kepada pihak yang memerlukan.

Unit Carta Dan Baikpulih

Ketua Dan Guru Penolong

1. Membaikpulih bahan yang rosak mengikut keperluan.
2. Melapor dan merekodkan bahan yang dibaiki.
3. Membuat pesanan kepada pihak sekolah bahan yang diperlukan untuk proses membaikpulih bahan atau alatan.
4. Memastikan semua alatan berada di dalam keadaan baik dan digunakan secara maksimum.

Objektif Sekolah

1. Kecemerlangan Pendidikan
Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dan potensi serta
sahsiah

2. Penggunaan Kemudahan
Menggalakan pelajar dan guru menggunakan pelbagai kemudahan
pembelajaran supaya tidak hanya bergantung kepada buku teks dan
kaedah tradisional sahaja

3. Pemupuk Tabiat Belajar
Memupuk tabiat belajar sendiri,membaca dan menyelidik melalui
pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik

4. Penghasilan Bahan
Membantu pelajar dan guru menghasil,menilai dan menggunakan
pelbagai alatan dan bahan pengajaran – pembelajaran
5. Perkhidmatan Pembelajaran
Mengadakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pembelajaran
yang berbeza di kalangan pelajar

6. Kecemerlangan Pendidikan
Melatih pelajar menggunakan kemahiran maklumat dalam proses
Pembelajaran

Wednesday, July 29, 2009

Matlamat PSS

Matlamat PSS:

1. Mempertingkatkan mutu pendidikan di sekolah- sekolah secara menyeluruh.
2. Membentuk profesion guru yang berilmu, dinamis, kreatif dan berpendidikan untuk membantu membangunkan sahsiah guru itu sendiri dan untuk pembangunan nusa, bangsa dan negara.
3. Membentuk golongan pelajar yang berilmu, dinamis, kreatif dan berdisplin untuk membangunkan nusa, bangsa dan negara.
4. Merapatkan jurang perbezaan kemudahan pendidikan antara sekolah-sekolah luar bandar dengan sekolah-sekolah bandar.

Matlamat Sekolah

Matlamat Sekolah
SKFBRU menjadi sekolah yang:

1. Terbilang di kalangan terbaik prestasi akademiknya dalam Negeri Sembilan khususnya sekolah felda.
2. Termahsyur dan diakui ketinggian prestasi pasukan kriket kancil di seluruh negeri dan negara.
3. Tertinggi nilai sopan-santun, pelajar bermaruah tinggi dan memiliki nilai murni yang halus serta sahsiah pelajar yang cemerlang dan gemilang.

Visi Sekolah

Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah

Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti

Cogan Kata Sekolah

Cogan Kata:

"Ilmu dan Bakti"


Ilmu dan bakti adalah suatu rangkaikata yang diamalkan oleh semua warga sekolah ini untuk mencapai wawasan sekolah dan juga mencapai kecermelangan dalam semua bidang.


"Ilmu"
Pengetahuan yang didapati secara formal ataupun tidak formal dari sumber-sumber tertentu.

"Bakti"
Perkhidmatan yang dilakukan secara ikhlas dan tulus

Pengasas Sekolah

Umum mengetahui bahawa sekolah ini ditubuhkan pada 16.05.1971. Sekolah ini didirikan atas daya uasaha FELDA, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Pihak FELDA berusaha menubuhkan sekolah ini bagi memenuhi keperluan penduduk setempat. Pada asalnya anak-anak peneroka di sini bersekolah di kampung masing-masing. Lantaran itu adalah menjadi tanggungjawab pihak FELDA menyediakan sekolah bagi menyambung persekolahan anak-anak ini agar tidak ketinggalan. Sekolah yang berhampiran adalah Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan iaitu kira-kira 10KM daripada Felda ini. Ketika itu belum ada lagi terdapat sebarang kemudahan pengangkutan di sini.

Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara ini ialah Encik Mohamad June yang berasal dari Air Pak Abas, Melaka. Guru-guru biasa yang mengajar ketika sekolah ini dibuka antaranya ialah Cikgu Shuib, Cikgu Ramli Osman dan Cikgu Shidah. Mereka inilah merupakan guru-guru generasi pertama di sekolah ini yang mendidik anak-anak Felda Bukit Rokan Utara ini.

Asal Nama Sekolah

Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Bukit Rokan Utara bersesuaian dengan nama Felda ini iaitu Felda Bukit Rokan Utara. Sekolah ini terletak di dalam mukim Gemencheh, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Sejarah Sekolah

  1. Sekolah ini ditubuhkan pada 16.05.1971.
  2. Ia ditubuhkan atas dasar dan daya usaha pihak FELDA, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
  3. Sebelum ini anak-anak ini bersekolah di kampung masing-masing.
  4. Pada mulanya sekolah ini dimulakan dengan darjah satu. Bilangan pelajar ketika itu adalah seramai 25 orang.
  5. Ia dibina di atas tanah yang disediakan oleh pihak FELDA.
  6. Pada tahun 1973 diadakan pula Darjah dua.
  7. Pada tahun berikutnya iaitu pada 1974 diadakan pula Darjah tiga.
  8. Bangunan baru dibina bagi menampung pertambahan pelajar di Felda Bukit Rokan Utara ini. Bangunan dua tingkat ini siap didirikan pada 16.11.1980 dengan perbelanjaan sebanyak RM 114000.00. Bangunan ini mengandungi 6 bilik darjah.
  9. Pada tahun 1989 pula didirikansebuah bangunan tambahan lagi yang didirikan atas bantuan FELDA melalui Kerajaan Negeri. Bangunan ini merupakan bangunan satu tingkat yang terdiri daripada empat buah bilik darjah. Bangunan ini juga digunakan sebagai dewan apabila sesuatu upacara rasmi dijalankan.
  10. Kemudian sebuah bangunan baru dibina lagi bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap keperluan pendidikan. Bangunan dua tingkat ini mempunyai enam bilik darjah.
  11. Sehingga sekarang keempat-empat bangunan ini masih digunakan lagi.
  12. sekolah ini pada asalnya, iaitu pada tahun 1971 digunakan juga sebagai masjid sementara kerana pada waktu itu masjid kariah belum dibina lagi. Ini adalah untuk memenuhi keperluan sembahyang Jumaat. Imam ketika itu ialah Encik Abdul Kader yang merupakan salah seorang peneroka di FELDA ini.

Friday, July 17, 2009

Lawatan MB ke sekolah