I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selamat Datang Ke SK Bukit Rokan Utara (Sekolah Kluster Kecemerlangan)

Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa

Monday, January 11, 2010

Komponen Teknologi Maklumat

Komponen Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat boleh dipecah kepada komponen atau bahagian untuk memudahkan kajian dalam bidang ini. Komponen tersebut adalah Teknologi, Organisasi dan Pengguna. Selain daripada itu terdapat juga tafsiran di mana komponen utama teknologi maklumat ialah komputer(perisian,maklumat,tatacara,manusia), rangkaian komunikasi dan tahu-guna( know-how ). Ia boleh digambarkan seperti berikut:

Komponen Teknologi Maklumat

Teknologi

Teknologi merujuk kepada Perkakasan, Perisian dan Sistem Telekomunikasi yang digunakan di dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat.

Perkakasan komputer seperti unit pemproses pusat (CPU), ingatan (RAM), cakera keras (HDD), papan kekunci (keyboard), tetikus (mouse) dan sebagainya amat penting dalam proses kemasukan, pemprosesan dan penyimpanan maklumat.

Perisian komputer seperti sistem operasi (OS) yang popular termasuk Linux, UNIX, Mac OS dan Windows dan aplikasi produktiviti pejabat seperti OpenOffice atau Microsoft Office serta perisian Internet seperti pelayar web (Mozilla, Netscape Navigator, Safari dan Internet Explorer) memainkan peranan besar dalam teknologi maklumat. Ini kerana ia merupakan perisian yang paling banyak digunakan oleh pengguna komputer setiap hari. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengkelasannya sila rujuk tajuk Perisian.

Dari segi komersial dan pembangunan sistem, perisian komputer boleh dibahagian kepada dua iaitu:

  • Perisian Bebas / Sumber Terbuka - Secara amnya, boleh didapati secara PERCUMA atau dibeli berserta kod sumber seperti Linux, FreeBSD, dan OpenOffice.
  • Perisian Komersial / Sumber Tertutup - Secara amnya, lesen menggunakan perisian perlu dibeli manakala kod sumber tidak diberikan seperti Microsoft Windows dan Miscrosoft Office. Namun begitu , untuk mengimbang kebangkitan penggunaan perisian sumber terbuka, syarikat Microsoft telah melancarkan kempen yang dipanggil kongsi sumber (share source). Dengan konsep ini, pengguna komersial dan pihak kerajaan boleh 'melihat' kod sumber perisian Miscrosoft. Namun begitu, pengguna tidak dibenarkan untuk mengguna, menyunting atau mengubah kod sumber tersebut. Pengguna juga perlu menandatangani satu perjanjian untuk membolehkan mereka melihat kod sumber tersebut.

Sistem Telekomunikasi merupakan komponen yang amat penting selepas perkakasan dan perisian. Ia merupakan rangkaian dan jambatan yang menyambungkan semua sistem komputer dan sistem telekomunikasi di seluruh dunia seperti Internet, satelit, dan sistem telefon. Ia merupakan kombinasi beberapa teknologi seperti:

  • Protokol / Senibina Telekomunikasi - TCP/IP, OSI dan SNA, dsb
  • Teknologi Telekomunikasi/ Rangkaian - ATM, X.25, Frame Relay, 3G, SMS, MMS, Bluetooth, dsb
  • Teknologi Media Penghantaran - Wayar tembaga, Gentian Optik, Gelombang Mikro, Radio dan Satelit

Organisasi

Merupakan tempat dimana teknologi maklumat digunakan, ia mempengaruhi pengurusan dan pemprosesan maklumat tersebut. Ia mungkin boleh dilihat dari sudut pentadbiran organisasi yang membahagikan organisasi kepada tiga bahagian iaitu peringkat operasi, taktikal dan strategik dimana setiap peringkat memerlukan sistem yang berbeza seperti rajah dibawah.

Organisasi it.png

Pengguna

Merupakan pengguna teknologi maklumat yang boleh dipecahkan kepada pengguna yang mengguna dan pengguna yang mentadbir maklumat tersebut.

Pengguna teknologi maklumat: Pengguna sistem yang tidak mentadbir sistem tersebut seperti kerani, jururuwang, pengurus, dsb

Pentadbir teknologi maklumat: Juruteknik komputer, pengurus teknologi maklumat, juru analisa sistem , pengaturcara program , dsb

No comments:

Post a Comment