I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selamat Datang Ke SK Bukit Rokan Utara (Sekolah Kluster Kecemerlangan)

Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa

Friday, July 31, 2009

Peraturan

Penggunaan Perpustakaan

1. Pelajar hendaklah beratur sebelum masuk ke perpustakaan.
2. Pelajar perlu menanggalkan kasut sebelum masuk ke perpustakaan.
3. Pelajar hanya dibenarkan masuk ke perpustakaan dengan kehadiran guru.
4. Guru mestilah berada dalam perpustakaan bersama – sama dengan pelajar sepanjang waktu perpustakaan.
5. Guru hendaklah memastikan pelajar – pelajar yang dibawa masuk,membaca atau membuat rujukan bahan yang terdapat di perpustakaan.
6. Guru bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keselamatan pelajar dan ketenteraman perpustakaan sepanjang waktu pelajar berada di perpustakaan.
7. Guru hendaklah memastikan pelajar – pelajar yang dibawa ke perpustakaan mematuhi peraturan perpustakaan.
8. Guru hendaklah menandatangani Buku Rekod Penggunaan Perpustakaan setiap kali membawa pelajar masuk ke perpustakaan.
9. Bilangan kelas yang boleh berada di dalam perpustakaan pada satu waktu ialah satu kelas sahaja.
10. Guru boleh membawa pelajar ke perpustakaan jika tiada siapa menggunakannya.
11. Guru hendaklah memastikan pelajar meletakkan buku di tempat asal atau di dalam bakul yang disediakan.
12. Sebelum meninggalkan perpustakaan,guru perlu memastikan semua suis dimatikan dan pastikan pelajar tidak membawa barang perpustakaan keluar.
13. Murid boleh meminjam buku sewaktu masuk ke perpustakaan asalkan ada pengawas perpustakaan.
14. Pelajar Tahap II dibenarkan membaca buku di perpustakaan pada waktu rehat dengan pengawasan pustakawan sekolah.

B.Pinjaman Buku

1. Guru boleh meminjam buku di perpustakaan tetapi hendaklah dicatatkan di buku pinjaman guru yang terdapat di kaunter dan hendaklah mengisikan maklumat yang diperlukan di dalam buku tersebut.Ini adalah meliputi seperti tarikh pinjaman dan pemulangan.
2. Tempoh pinjaman untuk setiap buku adalah satu bulan.Jika guru masih memerlukan buku yang sama,mereka hendaklah memperbaharui tarikh pinjaman mereka di dalam buku yang disediakan.
3. Guru – guru juga dibenarkan meminjam buku untuk bilik – bilik khas yang mereka pegang seperti bilik darjah,makmal sains dan sebagainya.

C.Peraturan Perpustakaan

1. Hanya pelajar sekolah ini yang berpakaian seragan lengkap atau baju T sekolah atau pakaian sukan disertai dengan lencana dibenarkan masuk ke perpustakaan.
2. Pada waktu belajar,pelajar hanya dibenarkan ke perpustakaan dengan kehadiran guru.
3. Semua pelajar sekolah ini boleh menggunakan kemudahan perpustakaan sekolah.
4. Makan dan minum di dalam perpustakaan dilarang sama sekali.
5. Buku Bancian Membaca dan buku yang hendak dipulangkan sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke perpustakaan.
6. Buku milik sendiri yang dibawa masuk oleh pelajar hendaklah diberikan kepada pengawas sumber atau pustakawan yang bertugas untuk disemak sebelum keluar dari perpustakaan.
7. Pelajar yang memasuki ke perpustakaan hendaklah menggunakan bahan – bahan yang ada di perpustakaan untuk membuat rujukan atau membaca.Pelajar dilarang membuat bising,berbual atau bercakap dan mengganggu kawan lain semasa berada di perpustakaan.
8. Gunakan bahan – bahan bacaan dengan cermat.Pelajar dilarang menconteng,mengoyak,menggunting atau melipat buku – buku,majalah adan akhbar.
9. Majalah adan akhbar yang dibaca hendaklah diletakkan semula di tempat asalnya.
10. Urusan meminjam dan memulangkan buku hendaklah melalui pustakawan yang bertugas.
11. Kerusi yang digunakan hendaklah disorongkan semula ke bawah meja sebelum keluar dari perpustakaan.
12. Sebarang bahan bacaan yang dibawa keluar hendaklah disemak oleh pustakawan.Bahan bacaan yang dibawa keluar tanpa bukti meminjam dianggap sebagai perbuatan mencuri.
13. Buku boleh dipinjam dengan menggunakan Kad Ahli dan mengikut peraturan peminjaman.
14. Semua pelajar mesti mendengar teguran dan arahan pustakawan semasa berada di perpustakaan.
15. Peraturan perpustakaan yang sedia ada boleh diubahsuai mengikut keperluan semasa.
16. Jika pelajar didapati melanggar peraturan perpusatakaan,tindakan tegas akan diambil terhadap pelajar berkenaan seperti dilarang ke perpustakaan,tidak dibenarkan meminjam buku atau pun diserahkan kepada pihak berkuasa sekolah.

D.Peraturan Pinjaman Dan Pemulangan Buku

1. Pinjaman buku hanya boleh dilakukan dengan kad ahli.
2. kad Ahli boleh diperolehi dari perpustakaan dengan harga RM 0.30 sahaja.
3. Setiap pinjaman buku hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kad ahli milik peminjam.Pelajar tidak digalakkan meminjam buku untuk pelajar lain.Peminjam bertanggungjawab sepenuhnya terhadap buku yang dipinjam.
4. Buku boleh dipinjam melalui guru kelas bagi Tahun 1,waktu perpustakaan bagi Tahun 2 dan 3 dan pada waktu rehat atau selepas balik sekolah iaitu pada pukul 1.05 petang hingga 1.40 petang ( Isnin – Khamis ) dan 12.05 tengah hari – 12.40 tengah hari pada hari Jumaat bagi pelajar Tahap II.
5. Bilangan buku yang boleh dipinjam ialah sebuah buku sahaja.
6. Pustakawan boleh meminjam dua buah buku sama ada dengan menggunakan kad atau menulis di dalam buku yang disediakan untuk pustakawan.
7. Tempoh pinjaman : 1 minggu
8. Kekerapan meminjam : Buku boleh dipulangkan lebih awal dari tarikh pemulangan jika pelajar telah habis membaca dan mereka boleh meminjam buku yang lain.
9. Buku hendaklah dipulangkan pada tarikh yang ditetapkan pada slip tarikh pulang yang terdapat pada setiap buku yang dipinjam.
10. Buku yang lewat dipulangkan akan dikenakan denda sebanyak RM 0.10 sehari.
11. Jika buku yang dipinjam rosak,peminjam akan dikehendaki membayar gantirugi berdasarkan kerosakan yang telah dilakukan.
12. Jika buku yang dipinjam hilang,peminjam bertanggungjawab membayar harga buku tersebut atau menggantikannya dengan harga buku baru.

No comments:

Post a Comment