- Sekolah ini ditubuhkan pada 16.05.1971.
- Ia ditubuhkan atas dasar dan daya usaha pihak FELDA, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
- Sebelum ini anak-anak ini bersekolah di kampung masing-masing.
- Pada mulanya sekolah ini dimulakan dengan darjah satu. Bilangan pelajar ketika itu adalah seramai 25 orang.
- Ia dibina di atas tanah yang disediakan oleh pihak FELDA.
- Pada tahun 1973 diadakan pula Darjah dua.
- Pada tahun berikutnya iaitu pada 1974 diadakan pula Darjah tiga.
- Bangunan baru dibina bagi menampung pertambahan pelajar di Felda Bukit Rokan Utara ini. Bangunan dua tingkat ini siap didirikan pada 16.11.1980 dengan perbelanjaan sebanyak RM 114000.00. Bangunan ini mengandungi 6 bilik darjah.
- Pada tahun 1989 pula didirikansebuah bangunan tambahan lagi yang didirikan atas bantuan FELDA melalui Kerajaan Negeri. Bangunan ini merupakan bangunan satu tingkat yang terdiri daripada empat buah bilik darjah. Bangunan ini juga digunakan sebagai dewan apabila sesuatu upacara rasmi dijalankan.
- Kemudian sebuah bangunan baru dibina lagi bagi menampung permintaan yang bertambah terhadap keperluan pendidikan. Bangunan dua tingkat ini mempunyai enam bilik darjah.
- Sehingga sekarang keempat-empat bangunan ini masih digunakan lagi.
- sekolah ini pada asalnya, iaitu pada tahun 1971 digunakan juga sebagai masjid sementara kerana pada waktu itu masjid kariah belum dibina lagi. Ini adalah untuk memenuhi keperluan sembahyang Jumaat. Imam ketika itu ialah Encik Abdul Kader yang merupakan salah seorang peneroka di FELDA ini.
Selamat Datang Ke SK Bukit Rokan Utara (Sekolah Kluster Kecemerlangan)
Terima Kasih Kerana Sudi Meluangkan Masa
Wednesday, July 29, 2009
Sejarah Sekolah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment